Showing posts with label Workout Corner (Bahasa Melayu). Show all posts
Showing posts with label Workout Corner (Bahasa Melayu). Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Workout Corner No.8 Biceps Curl

Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas

Siapa yang tak inginkan biceps yang besar? Boleh dikatakan hampir semua ahli lelaki idamkan biceps yang besar dan cantik. Malah selain Bench Press, Biceps Curl lar yang selalu menjadi rebutan setiap ahli yang bersenam digym. Walaupun ramai yang gemar melakukan Biceps Curl, tidak ramai yang tahu melakukannya dengan betul-betul tepat bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Untuk menunjuk ajar pembaca-pembaca sekalian, kami telah memilih dua trainer yang memiliki biceps yang paling besar dan cantik di Revolution Gym untuk melakukan demo Biceps Curl yang betul. Mari sama-sama kita saksikan!

Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness

Saturday, February 5, 2011

Workout Corner No. 7 Shrug

Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas

Satu lagi senaman dibahagian bahu yang sangat baik ialah shrug. Shrug memberi fokus kepada otot trapezius dan bahu yang boleh membantu membaiki susuk tubuh anda ketika mengenakan baju apa sekalipun. Disamping shrug juga merupakan senaman yang baik untuk forearm anda. Azwan Razali Juara Mr. Malaysia Kategori Junior akan menunjukkan kaedah-kaedah melakukan senaman ini dengan betul. Saksikan.

Cheers!!!
Revolution Gym and Fitness.

Monday, November 15, 2010

Workout Corner No. 6 Shoulder Press

Nak dapatkan shoulder yang besar dan cantik memang menjadi idaman ramai orang yang bersenam digym. Bile shoulder cantik biasanyer pakai baju ape pun nampak smart. Sebut pasal shoulder ni, antara latihan yang paling asas untuk membina saiz shoulder adalah shoulder press. Latihan ini boleh dilakukan samada menggunakan free weight ataupun machine. Jadi Azwan dan Usop akan menunjukkan cara-cara melakukan shoulder press beserta dengan spotting position yang betul.

Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas
Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness

Sunday, August 1, 2010

Workout Corner No.5 - Lat Pulldown

Antara senaman back yang berkesan dan mudah dilakukan adalah Lat Pulldown. Namun ramai juga ahli-ahli baru yang cenderung untuk melakukan kesilapan kerana mereka menggunakan beban yang terlalu berat sehingga menjejaskan teknik mereka. Disini trainer kami Usop dan Azwan akan menunjukkan kepada anda teknik yang betul untuk melakukan Lat Pulldown termasuk dengan spotting position sekiranya anda memerlukan spotter.


Klik untuk imej yang lebih jelas

Klik untuk imej yang lebih jelas


Klik untuk imej yang lebih jelas


Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness

Thursday, June 10, 2010

Workout Corner No.4 - Barbell Row

Barbell row adalah merupakan senaman back yang sangat berkesan namun bagi ahli-ahli baru ia agak sukar untuk dilakukan. Namun begitu, untuk champion seperti Usop, ini adalah antara senaman kegemarannya. Disini Usop akan mendemonstrasikan cara-cara untuk melakukan barbell row dengan betul. Jika anda baru nak mencuba melakukan senaman ini, pastikan anda diawasi oleh trainer-trainer yang berpengalaman untuk membimbing anda.

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas
Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness

Wednesday, May 5, 2010

Workout Corner No.3: Deadlift

Deadlift juga dikenali sebagai "the king of exercises" adalah senaman bersepadu yang sangat penting didalam sukan bina badan dan juga sukan angkat berat. Senaman ini sangat penting terutama sekali untuk penambahan "size". Penggunaan teknik yang betul adalah penting untuk hasil yang maksimum dan mengelakkan kecederaan. Saksikan demonstrasi dibawah ini oleh trainer kami Azwan.

Revolution Gym & Fitness

Klik gambar unutk imej yang lebih jelas
Klik gambar unutk imej yang lebih jelas

Tuesday, April 13, 2010

Workout Corner No. 2 Bench Press

Bench press adalah antara senaman yang sangat popular dikalangan ahli-ahli baru. Nak chest besar punya pasal kalau boleh tiap-tiap hari nak train chest. Namun perlu diingat keseimbangan dalam latihan adalah penting. Disini Usop dan Wan akan menunjukkan kepada ahli-ahli gym dan pembaca cara-cara yang betul untuk melakukan Bench Press.

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas
By,
Revolution Gym & Fitness

Tuesday, April 6, 2010

'Workout Corner' bersama Usop dan Wan

Atas permintaan ramai, Revolutiongym.blogspot.com kini memperkenalkan ruangan baru didalam blog ini berjudul "Workout Corner" bagi membantu ahli-ahli baru dan pembaca memahami teknik-teknik latihan asas didalam gym.

Instruktor kami, Usop dan Wan akan menunjukkan teknik-teknik latihan yang betul kepada anda.


Untuk latihan yang pertama mereka sebulat suara telah memilih untuk mendemonstrasikan senaman squat.

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

By,
Revolution Gym & Fitness