Showing posts with label Tips Bina Badan (Bahasa Melayu). Show all posts
Showing posts with label Tips Bina Badan (Bahasa Melayu). Show all posts

Saturday, March 27, 2010

Saya kurus tetapi perut saya buncit!!!!!

Sebelum saya berjinak-jinak dengan gym, saya sering kali tertekan dengan perut saya yang buncit walaupun saya kurus. Terdapat segilintir orang juga mengalami masalah yang sama. Mereka boleh menyembunyikan perut mereka ketika memakai pakaian, tetapi bila baju dibuka....jeng..jeng..jeng..

Berita baiknya masalah ini boleh diperbaiki tanpa perlu anda menjalani lipo suction. Pertama sekali anda perlu memahami bagaimana anda boleh membina perut yang buncit walaupun badan anda kurus.

1) Anda perlu sedar yang anda sebenarnya secara semulajadi mempunyai metabolisma yang tinggi dan tidak sepatutnya mempunyai peratus lemak dalam badan lebih dari 13% (untuk lelaki).

2) Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan didalam perut anda sebagai lemak.

3) Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan didalam perut anda yang buncit.

4) Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan anda hanya akan mampu membina otot pada jumlah yang sangat sedikit yang akhirnya memudahkan pengumpulan lemak didalam badan anda.

5) Biasanya kebayakkan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan di TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel dirumah sekali-sekala maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan didalam perut anda.

Jadi saya harap kini anda sudah faham bagaimana masalah ini boleh berlaku. Ingat...walaupun anda kurus tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati atau tidak bersenam terutamanya jika umur sudah meningkat.

Sama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

Rujukan: No Nonsense Muscle Building by Vince Del Monte

Monday, April 27, 2009

Bina otot yang besar tanpa perlu mengumpul lemak

Secara lazimnya, dua target utama dalam kecergasan adalah membina otot dan mengurangkan lemak didalam badan. Tetapi malangnya kedua-dua target ini berlawanan diantara satu sama yang lain.

Pembinaan otot-otot yang besar memerlukan anda untuk mengambil jumlah kalori lebih daripada keperluan normal anda. Sebaliknya untuk mengurangkan lemak didalam badan memerlukan anda untuk mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda berbanding pengambilan normal bagi membolehkan badan anda untuk membakar lebihan lemak untuk keperluan tisu-tisu badan.

Memaksa diri anda mencapai kedua-dua target pada masa yang sama bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan malahan dapat menyekat progres anda.

Kebanyakan ahli bina badan perlu membenarkan pengumpulan sedikit lemak dalam usaha menambahkan berat badan mereka. Namun persoalannya ialah berapa banyakkah pengumpulan lemak yang boleh anda terima? Faktor inilah yang perlu anda pertimbangkan.

Terdapat dua pendekatan yang sering diambil oleh ahli bina badan untuk menambah jisim otot mereka.

Pendekatan pertama ialah dengan memakan sebanyak mungkin makanan yang mereka mampu dalam usaha untuk menambah jisim otot mereka. Pada pendapat mereka lebih banyak makanan yang mereka makan, lebih banyak sintesis otot boleh berlaku.

Pendapat ini ada banyak kekurangannya. Badan anda cuma mampu untuk mengasimilasikan sejumlah tisu otot sahaja pada sesuatu tempoh. Apabila badan anda selesai menjalankan proses ini, kalori-kalori berlebihan akan disimpan sebagai lemak didalam badan.

Bagi sesiapa yang mengambil 5000 kalori atau lebih sehari, ternyata sekali melebihi jumlah yang diperlukannya maka menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam tempoh tiga ke enam bulan.

Pilihan kedua adalah untuk mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan cuma mengambil kalori tambahan cukup untuk menyokong tumbesaran otot. Kaedah ini membolehkan anda membina tisu-tisu otot sebanyak mungkin tanpa pengumpulan lemak dalam badan yang berlebihan.

Ini membawa kepada persoalan seterusnya, berapa banyak otot yang boleh anda bina? Berapa banyak kalori yang perlu diambil untuk mengekalkan otot-otot ini?

Individu yang berlatih secara semulajadi boleh mencapai penambahan setengah pound otot setiap minggu – jika dia melakukan latihan mengikut teknik yang betul. Jika individu tersebut tidak memiliki genetik yang terbaik serta tidak mengikuti program pemakanan yang betul, hasilnya turut akan berkurangan. Jadi berdasarkan kenyataan ini, untuk penambahan kira-kira 2-3 pound otot setiap bulan secara semulajadi, anda sama sekali tidak memerlukan pengambilan kalori yang terlalu tinggi.

Lebih tinggi kadar kalori yang anda ambil, lebih tinggi risiko untuk anda menambah jumlah lemak didalam badan anda. Amnya 250-500 tambahan unit kalori daripada jumlah yang diperlukan untuk mengekalkan otot-otot anda sudah memadai untuk membina otot berkualiti tanpa pengumpulan lemak dibadan. Sentiasa awasi kadar lemak dan bentuk badan anda. Sekiranya anda mendapati sebahagian besar penambahan berat badan anda disebabkan oleh lemak, kurangkan sedikit pengambilan kalori harian anda.

Anda juga perlu lebih praktikal dengan target yang ingin anda capai. Anda mungkin ada membaca dimajalah-majalah kesihatan mengenai jumlah kalori yang perlu anda ambil, tetapi tidak bermakna jumlah ini adalah mutlak untuk hasil yang terbaik. Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza dan ia banyak menentukan jumlah kalori optimum yang sepatutnya diambil oleh seseorang individu.

Lebih banyak masa anda luangkan untuk membina saiz otot anda lebih singkat masa yang akan anda perlukan untuk menjalani diet yang menyakitkan bagi membuang lebihan lemak dibadan anda.

Jadi jika anda bercadang untuk memulakan proses penambahan jisim dan saiz otot dibadan anda, pastikan anda mengambil pendekatan yang lebih perlahan. Bukan sahaja anda boleh mengekalkan bentuk badan yang anda inginkan malahan ia membantu anda untuk mengekalkan tahap motivasi anda kerana tiada apa yang dapat menjatuhkan keyakinan diri anda selain melihat definisi otot anda hilang disebabkan penambahan lemak dibadan.

Diadaptasi dari Vince DelMonte


Monday, April 20, 2009

Tidur yang cukup penting untuk membina badan

Bersenam di gym beberapa kali seminggu dan melihat otot-otot anda membesar tidak semestinya sukar untuk dilakukan. Senaman fizikal dan latihan beban pada otot-otot tertentu cuma merupakan dua diantara banyak faktor-faktor yang penting untuk mendapatkan tubuh badan yang tegap.

Jangan sesekali anda memperkecilkan kesan daripada tidur yang mencukupi terhadap latihan bina badan anda. Anda mesti mendapatkan rehat yang secukupnya dan ia bukan sekadar berehat diantara masa latihan anda. Dengan mengubah jadual tidur anda kepada corak tidur yang stabil dan berkualiti setiap malam, mampu memberikan perubahan yang drastik dalam usaha membina badan anda.

Tidur adalah sangat penting dalam setiap program bina badan yang berjaya atas beberapa sebab. Badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan bina badan.

Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.

Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman. Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.

Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.

Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha anda dalam sukan bina badan.

Diadaptasi dari Ricardo d Argence

Monday, April 13, 2009

10 Teknik Untuk Meningkatkan Kadar Testosterone Didalam Badan Anda

Jika anda inginkan satu bahan ajaib untuk pembesaran otot, bahan itu sudah semestinya Testosterone.

Testosterone adalah hormon pembesaran otot yang paling penting dalam badan anda dan juga merupakan faktor penentu bagi jumlah maksimum otot yang boleh dibina oleh badan anda.

Dibawah ini adalah sebahagian daripada faedah-faedah yang boleh anda nikmati melalui peningkatan kadar testosterone didalam badan anda.

-Penambahan kekuataan dan saiz otot

-Pengurangan kadar lemak dalam badan

-Peningkatan keinginan seksual dan tenaga batin

-Menaikkan mood anda

-Pengurangan kadar kolestrol yang memudaratkan

Jika anda ingin menigkatkan kadar testosterone didalam badan anda disini saya akan menyenaraikan 10 teknik yang mudah dan semulajadi agar anda dapat menikmati semua faedah-faedahnya. Walaupun kaedah-kaedah ini tidak dapat memberikan hasil yang setanding dengan steroid, tetapi ia tetap mampu menyumbang kepada hasil yang menakjubkan.

1) Utamakan senaman bersepadu didalam latihan anda.

Senaman bersepadu adalah seperti squats, deadlift, bench press, rows, chin ups, dips, lunges dan military press. Senaman-senaman ini akan memberikan tekanan yang kuat keatas otot-otot dan seterusnya memaksa badan anda untuk meningkatkan penghasilan testosterone didalam badan.

2) Berlatih dengan sepenuh intensiti.

Jika anda ingin hasil yang mengkagumkan anda mesti melakukan senaman anda dengan sepenuh intensiti. Ini kerana dengan tekanan yang kuat terhadap otot anda, badan anda akan menghasilkan kadar testosterone yang lebih tinggi.

3) Anda mesti melatih kaki anda sekuat anda melatih bahagian atas badan anda.

Untuk pengetahuan anda latihan kaki yang dilakukan dengan intensiti mampu merangsang pembesaran dibahagian dada, belakang dan lengan anda. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan kadar testosterone yang dirangsang melalui latihan kaki.

4) Tingkatkan pengambilan EFA.

Essential Fatty Acids (EFA) daripada sumber seperti kekacang, avocado, ikan dan minyak daripada bijian flax, canola dan zaitun adalah sumber yang baik untuk meningkatkan kadar testosterone didalam badan anda.

5) Kurangkan pengambilan soya

Protein soya menigkatkan kadar penghasilan estrogen (hormone utama wanita) dan ini mempunyai kesan negatif terhadap kadar testosterone didalam badan anda

6) Hadkan atau hentikan pengambilan alkohol

Alkohol telah terbukti boleh menjejaskan kadar testosterone didalam badan anda dengan dramatic sekali. Jadi kurangkan atau hentikan pengambilan alcohol.

7) Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran jenis cruciferous didalam diet seharian anda

Broccoli, kubis bunga, lobak, turnip, kubis dan brussels sprout telah terbukti berkesan menurunkan kadar estrogen didalam badan maka secara tidak langsung meningkatkan kadar testosterone.

8) Kurangkan kadar tekanan harian anda

Membiarkan diri anda dalam keadaan yang tertekan akan merangsang penghasilan ‘cortisol’, sejenis hormon catabolic yang mampu menurunkan kadar testosterone.

9) Tingkatkan aktiviti seksual anda (Untuk yang sudah berkahwin)

Rangsangan seksual akan menyebabkan badan anda menigkatkan pengeluaran oxytocin yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran endorphin (bahan kimia ceria), yang turut meningkatkan kadar testosterone.

10) Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap malam

Kurangnya tidur boleh menyumbang kepada penghasilan cortisol yang mampu mengurangkan kadar testosterone didalam badan anda.

Mulakan mengamalkan teknik-teknik ini secara konsisten dan anda akan mengalami peningkatan kekuatan dan penambahan saiz otot-otot anda.

Diadaptasi dari Sean Nalewanyj