Showing posts with label Workout Corner Wanita (Bahasa Melayu). Show all posts
Showing posts with label Workout Corner Wanita (Bahasa Melayu). Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Workout Corner Wanita Pt. 4 Shoulder Press

Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas
Shoulder Press adalah satu latihan yang amat baik dilakukan oleh wanita bagi memperbaiki bentuk bahu mereka. Otot bahu yang cantik boleh menjadikan seseorang wanita itu kelihatan lebih berkeyakinan dan boleh menjadikan kebanyakan baju yang dipakai kelihatan lebih kemas dan menarik. Untuk melakukan Shoulder Press dengan tepat sila rujuk kepada demonstrasi dari trainer kami Shafiq. Selamat mencuba.

Cheers!!!
Revolution Gym

Saturday, February 5, 2011

Workout Corner Wanita Pt. 3 Deadlift

Klik untuk imej yang lebih jelas
Klik untuk imej yang lebih jelas
Deadlift adalah antara senaman teras yang sangat berkesan dalam pembinaan kekuatan seluruh badan dan pembinaan lean muscle. Senaman ini sesuai dilakukan oleh lelaki dan wanita tidak mengira apa jua target fitness mereka sekalipun. Bagi wanita senaman ini juga baik untuk mencantikkan bahagian pinggul dan berkesan untuk mengempiskan perut. Mari kita saksikan demonstrasi dari Trainer kami Nadya.

Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness

Wednesday, December 1, 2010

Workout Corner Wanita Pt 2

Untuk latihan yang seterusnya, Shafiq akan menunjukkan cara melakukan senaman squat. Senaman ini sesuai dilakukan oleh kaum wanita menggunakan berat yang sesuai untuk menguatkan bahagian bawah badan. Ia juga amat efective untuk mengempiskan perut.



Cheers!
Revolution Gym & Fitness


Friday, October 1, 2010

Terbaru dari Revolution Gym & Fitness: Panduan Senaman Khas Untuk Wanita.

Disebabkan oleh trend pertambahan ahli wanita digym kami yang terus meningkat, jadi trainer-trainer telah bersepakat untuk menyediakan satu manual yang boleh digunakan oleh ahli wanita sebagai panduan mereka untuk bersenam sebagai tambahan kepada tunjukajar praktikal yang kami sediakan digym.

Klik untuk imej yang lebih jelas.
Trainer kami Nadya dan Shafiq akan menunjukkan kepakaran mereka mendemonstrasi senaman-senaman asas yang sesuai dilakukan oleh golongan wanita. Untuk edisi pertama ini, mari kita pelajari cara-cara melakukan senaman lunges dengan betul.

Klik untuk imej yang lebih jelas.
Klik untuk imej yang lebih jelas.
Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness