Showing posts with label Tips Kecergasan (Bahasa Melayu). Show all posts
Showing posts with label Tips Kecergasan (Bahasa Melayu). Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Carta 10 Terhangat Mengapa Kita Menjadi Gemuk


Tempat Ke-10

Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression

Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.


Tempat Ke-9

Menghidapi Penyakit Kronik

Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisol didalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.


Tempat Ke-8

Genetik

Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.


Tempat Ke-7

Stress

Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!


Tempat Ke-6

Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)

Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.


Tempat Ke-5

Tak Makan

Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.


Tempat Ke-4

Label ‘Rendah Lemak’


Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel ‘rendah lemak’ juga mengandungi ‘rendah kalori’? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.


Tempat Ke-3

Kurang Bersenam

Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.


Tempat Ke-2

Kadar Metabolisma Rendah

Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.


Tempat Pertama

Diet Yang Tidak Sihat

Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atau McDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.

Jadi…sama-samalah kita berubah kearah cara hidup yang lebih sihat!

Saturday, January 29, 2011

Mengapa Latihan Bebanan (Weight Training) Juga Baik Untuk Wanita


Sudah menjadi suatu pemahaman biasa bagi kebanyakkan wanita yang bersenam digimnasium untuk menumpukan sepenuh masa bersenam mereka melakukan latihan kardiovaskular seperti larian di treadmill, berbasikal, cross trainer dan stepper. Kebanyakan mereka berpendapat yang latihan kardio ini mampu membakar lemak dan membantu mendapatkan bentuk badan ataupun berat badan idaman mereka. Namun jika diajak untuk melakukan latihan bebanan kebayakkannya menolak atas alasan mereka takut badan mereka akan menjadi berketul-ketul seperti lelaki. Tahukah anda yang weight training juga baik untuk wanita sepertimana ia baik untuk lelaki?

Wanita Tidak Boleh Membina Otot-Otot Besar Seperti Lelaki Kecuali Dengan Bantuan Suntikan Hormon Testosterone.

Sebelum saya menerangkan kebaikkan weight training untuk wanita, kaum wanita perlu faham yang pembinaan otot-otot yang besar dan berketul-ketul hanya akan berlaku dengan adanya hormone Testosterone. Kaum lelaki menghasilkan hormon ini secara semulajadi didalam badan mereka dengan kadar yang jauh lebih banyak dari wanita.Walaupun wanita juga menghasilkan hormon ini, namun ia tidak cukup untuk membina otot-otot yang besar walaupun seseorang wanita itu mampu melakukan weight training seberat yang dilakukan lelaki!

Wanita Boleh Mendapatkan Badan Idaman Mereka Dengan Weight Training.

Walaupun latihan kardio memang membantu pembakaran kalori dalam badan, namun kombinasi antara kardio dan weight training sebenarnya adalah rahsia utama untuk mendapatkan tubuh badan idaman kebanyakkan wanita. Weight training membantu pembinaan ‘lean muscle’ yang boleh memperbaiki bentuk badan seseorang wanita. Disamping itu dengan adanya ‘lean muscle’, kadar pembakaran lemak dalam badan juga akan turut meningkat, walaupun ketika berehat menonton tv.

Weight Training Menguatkan Tulang.

Sepertimana yang sudah ramai sedia maklum, Osteoporosis adalah merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita yang sudah mencecah umur pertengahan. Latihan weight training yang konsisten menggunakan berat yang sesuai dan disertakan dengan pengambilan kalsium yang mencukupi boleh meningkatkan kekuatan dan ketumpatan tulang.

Weight Training Membantu Melindungi Wanita Dari Kanser Payudara.

Satu kajian dari The American Cancer Society mendapati aktiviti fizikal seperti weight training membantu melindungi wanita dari kanser payudara dan membantu mengelakkan ketumbuhan semula sel kanser selepas menjalani rawatan. Tambahan pula wanita yang telah dikesan dengan kanser payudara sering dinasihatkan untuk menjalani aktiviti fizikal seperti weight training.

Weight Training Ketika Menopause

Apabila wanita mencapai peringkat Menopause, kadar kolestrol mungkin akan meningkat, kekuatan tulang akan berkurangan dan berat badan boleh meningkat dengan cepat. Jadi sekiranya seseorang wanita itu jarang melakukan senaman sebelum ini, jadi ketika Menopause lah amat penting untuk mula bersenam terutamanya menggunakan weight training agar kadar kesihatan wanita dapat ditingkatkan disamping mengurangkan pelbagai masalah yang mungkin timbul ketika Menopause.

Apa yang penting untuk difahami disini weight training memberi banyak kebaikan kepada wanita. Untuk memulakan weight training pastikan anda mendapat tunjuk ajar dari jurulatih berpengalaman dan mulakan dengan berat yang sesuai untuk anda. Apabila kekuatan anda meningkat tambah berat secara berperingkat. Dan nikmatilah perubahan besar kepada tubuh badan dan kesihatan anda.

Cheers!!!

Revolution Gym & Fitness

Monday, April 6, 2009

Tips untuk membuang lemak dibahagian peha anda

Adakah anda ingin membuang lemak berlebihan dibahagian peha anda? Ya anda boleh lakukannya, tetapi jika anda fikir yang anda boleh menghilangkan lemak dipeha anda dengan cepat menggunakan pil kurus atau makanan sampingan, anda sebenarnya salah! Dan jika anda fikir ada senaman tertentu yang boleh anda lakukan untuk membuang lemak dipeha anda sahaja, sekali lagi anda sebenarnya salah!!!

Hakikatnya, samada anda ingin membuang lemak di bahagian peha, perut ataupun pinggang, tidak ada cara untuk anda untuk membuang lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja pada badan anda. Anda mesti membuang lemak di SELURUH bahagian badan anda. Anda tidak boleh memaksa badan anda untuk membakar lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, malahan badan anda sendiri yang akan menentukan dimana ia patut mula membakar lemak.

Jadi seharusnya anda melakukan aktiviti-aktiviti yang membantu anda untuk membakar lemak diseluruh bahagian badan anda. Secara asasnya anda perlu mengikuti program diet yang seimbang, disertai dengan latihan kekuatan dan kardiovaskular. Inilah cara yang paling sihat dan cepat untuk anda membuang lemak baik dipeha mahupun diseluruh badan anda!

Program diet yang anda pilih untuk menurunkan berat badan adalah sangat penting. Diet yang rendah dengan kalori dan lemak TIDAK membantu anda untuk membakar lemak kerana diet seperti ini bukan sahaja tidak meningkatkan metabolisma anda malahan turut memperlahankannya lagi!!! Jika anda cuba mengikat pinggang dan menahan lapar juga tidak akan berkesan malahan membahayakan kesihatan anda. Selalunya orang yang mengamalkan diet sebegini akan mengumpul kembali lemak yang telah berjaya dibuangnya sebelum ini

Sebabnya, dengan mengamalkan diet yang rendah dengan lemak dan kalori, badan anda tidak akan mendapat nutrisi yang secukupnya. Akibatnya badan anda akan berfungsi seolah-olah anda akan mati kelaparan. Jadi secara automatiknya badan anda akan memperlahankan kadar metabolisma anda dan akan menyimpan kumpulan lemak dalam badan anda sebagai persiapan untuk menghadapi tempoh kelaparan tersebut. Memanglah pada mulanya berat badan anda akan turun beberapa kilogram tetapi lama kelamaan hasilnya akan mula berkurangan dan sebaik sahaja anda berhenti berlapar dan kembali ke tabiat pemakanan normal anda, anda akan memperoleh kembali lemak yang telah anda buang sebelum ini.

Jadi program diet yang bagaimanakah yang terbaik untuk anda membakar lemak berlebihan didalam badan anda? Program diet yang merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran amat berkesan kerana makanan ini menyumbang kepada diet yang seimbang. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja terbaik untuk membakar lemak malahan makanan ini juga sangat berkesan untuk mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.

Program diet yang baik juga perlu membenarkan kita untuk berehat sehari dalam seminggu. Anda boleh menggunakan hari rehat ini untuk memakan apa sahaja makanan yang anda idamkan. Anda mungkin takut untuk menggunakan hari rehat ini kerana tidak mahu menjejaskan program diet anda dan seterusnya menyebabkan penambahan berat. Sebenarnya anda salah!!! Hari rehat boleh membantu anda untuk mebuang lemak dengan meningkatkan kadar metabolisma anda kerana ia mengelakkan badan anda daripada rutin pemakanan yang sama yang akhirnya memperlahankan metabolisma anda. Selain itu, hari rehat juga boleh meningkatkan dedikasi anda terhadap program diet anda untuk minggu seterusnya dengan mengurangkan keinginan anda kepada makanan yang menggemukkan.

Walaupun program diet yang baik sebenarnya cukup untuk mengurangkan berat badan anda dengan ketara, ramai orang cuba menyertakan senaman didalam rutin mereka bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Latihan kekuatan dan kardiovascular adalah cara yang terbaik untuk mempercepatkan penurunan berat badan. Melalui latihan kekuatan, anda bukan sahaja membakar lemak malahan anda membina otot-otot didalam badan anda.

Otot-otot ini bukan sahaja menjadikan badan anda lebih kuat, malahan ia membantu anda untuk membakar lemak walaupun ketika anda sedang berehat!!! Anda dengan mudahnya dapat mambakar 50 unit kalori sehari dengan 1 pound otot, walaupun ketika berehat. Ini kerana badan anda menggunakan banyak kalori untuk membaiki dan mengekalkan otot-otot anda.

Ikutilah dua tip ini dan anda akan kagum betapa cepatnya anda boleh membuang lemak berlebihan dipeha anda!!!.

Diadaptasi dari Clayton Thomas