Sudah menjadi suatu pemahaman biasa bagi kebanyakkan wanita yang bersenam digimnasium untuk menumpukan sepenuh masa bersenam mereka melakukan latihan kardiovaskular seperti larian di treadmill, berbasikal, cross trainer dan stepper. Kebanyakan mereka berpendapat yang latihan kardio ini mampu membakar lemak dan membantu mendapatkan bentuk badan ataupun berat badan idaman mereka. Namun jika diajak untuk melakukan latihan bebanan kebayakkannya menolak atas alasan mereka takut badan mereka akan menjadi berketul-ketul seperti lelaki. Tahukah anda yang weight training juga baik untuk wanita sepertimana ia baik untuk lelaki?
Wanita Tidak Boleh Membina Otot-Otot Besar Seperti Lelaki Kecuali Dengan Bantuan Suntikan Hormon Testosterone.
Sebelum saya menerangkan kebaikkan weight training untuk wanita, kaum wanita perlu faham yang pembinaan otot-otot yang besar dan berketul-ketul hanya akan berlaku dengan adanya hormone Testosterone. Kaum lelaki menghasilkan hormon ini secara semulajadi didalam badan mereka dengan kadar yang jauh lebih banyak dari wanita.Walaupun wanita juga menghasilkan hormon ini, namun ia tidak cukup untuk membina otot-otot yang besar walaupun seseorang wanita itu mampu melakukan weight training seberat yang dilakukan lelaki!
Wanita Boleh Mendapatkan Badan Idaman Mereka Dengan Weight Training.
Walaupun latihan kardio memang membantu pembakaran kalori dalam badan, namun kombinasi antara kardio dan weight training sebenarnya adalah rahsia utama untuk mendapatkan tubuh badan idaman kebanyakkan wanita. Weight training membantu pembinaan ‘lean muscle’ yang boleh memperbaiki bentuk badan seseorang wanita. Disamping itu dengan adanya ‘lean muscle’, kadar pembakaran lemak dalam badan juga akan turut meningkat, walaupun ketika berehat menonton tv.
Weight Training Menguatkan Tulang.
Sepertimana yang sudah ramai sedia maklum, Osteoporosis adalah merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita yang sudah mencecah umur pertengahan. Latihan weight training yang konsisten menggunakan berat yang sesuai dan disertakan dengan pengambilan kalsium yang mencukupi boleh meningkatkan kekuatan dan ketumpatan tulang.
Weight Training Membantu Melindungi Wanita Dari Kanser Payudara.
Satu kajian dari The American Cancer Society mendapati aktiviti fizikal seperti weight training membantu melindungi wanita dari kanser payudara dan membantu mengelakkan ketumbuhan semula sel kanser selepas menjalani rawatan. Tambahan pula wanita yang telah dikesan dengan kanser payudara sering dinasihatkan untuk menjalani aktiviti fizikal seperti weight training.
Weight Training Ketika Menopause
Apabila wanita mencapai peringkat Menopause, kadar kolestrol mungkin akan meningkat, kekuatan tulang akan berkurangan dan berat badan boleh meningkat dengan cepat. Jadi sekiranya seseorang wanita itu jarang melakukan senaman sebelum ini, jadi ketika Menopause lah amat penting untuk mula bersenam terutamanya menggunakan weight training agar kadar kesihatan wanita dapat ditingkatkan disamping mengurangkan pelbagai masalah yang mungkin timbul ketika Menopause.
Apa yang penting untuk difahami disini weight training memberi banyak kebaikan kepada wanita. Untuk memulakan weight training pastikan anda mendapat tunjuk ajar dari jurulatih berpengalaman dan mulakan dengan berat yang sesuai untuk anda. Apabila kekuatan anda meningkat tambah berat secara berperingkat. Dan nikmatilah perubahan besar kepada tubuh badan dan kesihatan anda.
Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness
No comments:
Post a Comment