Adakah anda ingin membuang lemak berlebihan dibahagian peha anda? Ya anda boleh lakukannya, tetapi jika anda fikir yang anda boleh menghilangkan lemak dipeha anda dengan cepat menggunakan pil kurus atau makanan sampingan, anda sebenarnya salah! Dan jika anda fikir ada senaman tertentu yang boleh anda lakukan untuk membuang lemak dipeha anda sahaja, sekali lagi anda sebenarnya salah!!!
Hakikatnya, samada anda ingin membuang lemak di bahagian peha, perut ataupun pinggang, tidak ada cara untuk anda untuk membuang lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja pada badan anda. Anda mesti membuang lemak di SELURUH bahagian badan anda. Anda tidak boleh memaksa badan anda untuk membakar lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, malahan badan anda sendiri yang akan menentukan dimana ia patut mula membakar lemak.
Jadi seharusnya anda melakukan aktiviti-aktiviti yang membantu anda untuk membakar lemak diseluruh bahagian badan anda. Secara asasnya anda perlu mengikuti program diet yang seimbang, disertai dengan latihan kekuatan dan kardiovaskular. Inilah cara yang paling sihat dan cepat untuk anda membuang lemak baik dipeha mahupun diseluruh badan anda!
Program diet yang anda pilih untuk menurunkan berat badan adalah sangat penting. Diet yang rendah dengan kalori dan lemak TIDAK membantu anda untuk membakar lemak kerana diet seperti ini bukan sahaja tidak meningkatkan metabolisma anda malahan turut memperlahankannya lagi!!! Jika anda cuba mengikat pinggang dan menahan lapar juga tidak akan berkesan malahan membahayakan kesihatan anda. Selalunya orang yang mengamalkan diet sebegini akan mengumpul kembali lemak yang telah berjaya dibuangnya sebelum ini
Sebabnya, dengan mengamalkan diet yang rendah dengan lemak dan kalori, badan anda tidak akan mendapat nutrisi yang secukupnya. Akibatnya badan anda akan berfungsi seolah-olah anda akan mati kelaparan. Jadi secara automatiknya badan anda akan memperlahankan kadar metabolisma anda dan akan menyimpan kumpulan lemak dalam badan anda sebagai persiapan untuk menghadapi tempoh kelaparan tersebut. Memanglah pada mulanya berat badan anda akan turun beberapa kilogram tetapi lama kelamaan hasilnya akan mula berkurangan dan sebaik sahaja anda berhenti berlapar dan kembali ke tabiat pemakanan normal anda, anda akan memperoleh kembali lemak yang telah anda buang sebelum ini.
Jadi program diet yang bagaimanakah yang terbaik untuk anda membakar lemak berlebihan didalam badan anda? Program diet yang merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran amat berkesan kerana makanan ini menyumbang kepada diet yang seimbang. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja terbaik untuk membakar lemak malahan makanan ini juga sangat berkesan untuk mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.
Program diet yang baik juga perlu membenarkan kita untuk berehat sehari dalam seminggu. Anda boleh menggunakan hari rehat ini untuk memakan apa sahaja makanan yang anda idamkan. Anda mungkin takut untuk menggunakan hari rehat ini kerana tidak mahu menjejaskan program diet anda dan seterusnya menyebabkan penambahan berat. Sebenarnya anda salah!!! Hari rehat boleh membantu anda untuk mebuang lemak dengan meningkatkan kadar metabolisma anda kerana ia mengelakkan badan anda daripada rutin pemakanan yang sama yang akhirnya memperlahankan metabolisma anda. Selain itu, hari rehat juga boleh meningkatkan dedikasi anda terhadap program diet anda untuk minggu seterusnya dengan mengurangkan keinginan anda kepada makanan yang menggemukkan.
Walaupun program diet yang baik sebenarnya cukup untuk mengurangkan berat badan anda dengan ketara, ramai orang cuba menyertakan senaman didalam rutin mereka bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Latihan kekuatan dan kardiovascular adalah cara yang terbaik untuk mempercepatkan penurunan berat badan. Melalui latihan kekuatan, anda bukan sahaja membakar lemak malahan anda membina otot-otot didalam badan anda.
Otot-otot ini bukan sahaja menjadikan badan anda lebih kuat, malahan ia membantu anda untuk membakar lemak walaupun ketika anda sedang berehat!!! Anda dengan mudahnya dapat mambakar 50 unit kalori sehari dengan 1 pound otot, walaupun ketika berehat. Ini kerana badan anda menggunakan banyak kalori untuk membaiki dan mengekalkan otot-otot anda.
Ikutilah dua tip ini dan anda akan kagum betapa cepatnya anda boleh membuang lemak berlebihan dipeha anda!!!.
Diadaptasi dari Clayton Thomas
thanx sgt.....
ReplyDeleteyou're welcome....kalau perlukan apa2 bantuan just post sajer soalan kat sini k.
ReplyDeleteboleh x sharekan makanan yg boleh merangsang kdr metabolism tu..dan..kalo boleh sharekan sekali jadual makanan yg sesuai stp hari (seminggu) + senaman yg sesuai bile ke gym.tq
ReplyDeleteboleh share sikit cmne contoh2 senaman kardio yg sesuia utk membakar lemak di badan??
ReplyDeleteUntuk komen bertarikh 21 Okt:
ReplyDeleteKami di Revoluion Gym ada menyediakan pelan pemakanan seimbang kepada setiap ahli gym. Pelan ini merangkumi bahan makanan yg sihat, masa pemakanan yang betul dan kuantiti makanan yang betul. Sila tinggalkan e-mail anda untuk mendapatkan salinan percuma dari kami. Lebih baik jika anda boleh sertakan berat terkini anda, anggaran peratus lemak, dan kadar aktiviti fizikal mengikut cara hidup anda (ringan, sederhana atau berat).
Untuk komen bertarikh 1 November:
Semua senaman kardio (jogging, cycling, rowing, stepping etc) sesuai untuk membakar lemak diseluruh badan. Cuma dengan strategy yang betul boleh membantu anda mendapatkan hasil yg lebih baik dengan lebih cepat. Sila rujuk link kepada artikel dari blog ini yg menerangkan dengan lebih lanjut mengenai topik ini.
http://revolutiongym.blogspot.com/2010/05/how-to-manipulate-your-cardio-training.html
saya memang nak join gym
ReplyDeletekalo sy diet...ari2 mkn roti je blh x bro?d sertai ngan senaman...
ReplyDeletedan setiap weekend akan de hari 'cuti'...sebab mase tu la sy akan berkumpul ngan fmily sy..
Faries: Tak semestinya makan roti shj sudah ok. Dalam diet yg penting mesti seimbang. Roti boleh cover karbohidrat (tapi lagi baik yg gandum penuh, jangan makan yg putih). Tapi mesti kene ade sayur, daging, serat, buah, kekacang dll sekali baru dapat diet yg lengkap. Nasi pun ok kalo pengambilan die betul. Lagi baik makan nasi perang.
ReplyDeletetp..pe yg sy rse...bila sy mkn nasi..sy akan rase kenyang je spnjang ari...dlm mse yg sme,sy rse nak mkn lg, wlupon perut rse kenyang...kadang2.sampai esok sy rse kenyang prut ni...camne tu?
ReplyDeleteRevolution Gym and Fitness...boleh x sy dpt kn saqlinan pelan pemakanan seimbang tu.....ini email sy.....zalie_ra08@yahoo.com
ReplyDeletebrt sy 63kg..tgi 170.2cm....
n kadar aktviti fzikal sy sederhane.....=]
pliz ek.....
Faries,
ReplyDeleteMengikut pendapat saya (faries boleh rujuk doktor jika perlu), mungkin Faries mengalami masalah penghadaman. Masalah ini boleh berlaku atas beberapa sebab seperti 1)makan pada kuantit yg banyak ketika perut sedang kelaparan 2)minum air dengan banyak ketika dan selepas makan 3)kombinasi makanan yg tidak betul.
Disebabkan ketidakhadaman makanan Faries mungkin merasa kenyang dan kembung untuk tempoh yg lama.
Nak elak masalah ni pastikan 1) makan 5-6 kali sehari tetapi pada jumlah yg kecil 2)Jangan minum air ketika dan betul2 selepas makan, kalau takut tercekik kunyah makanan lebih lama
3) jgn cuba makan terlalu byk jenis lauk ketika mkn asal seimbang (cukup vitamin, protein, serat dan lemak, kerbohidrat sudah memadai)
Harap jawapan ini membantu.
haa??mslh pghdaman??ok2..sy akan cuba ikut panduan yg diberikan...terima kasih~
ReplyDeletethanx..
ReplyDeleteade x senaman utk kecilkan bdn.....
sbb bdn sye besar jd...ade x senaman utk kecilkan bdn tlg lah sye.....
bdn sye lg besar drpd kakak sye...
sye malu......
tlg lh..
lg 1 ade x senaman utk turun kn brt bdn umor sye 13 brt sye 45...kakak sye 20 brt die 48 je.....
sye nk brt sye 37 tlg lah...please...
sye nk senaman utk kedua dua nyer.....