Monday, April 20, 2009

Tidur yang cukup penting untuk membina badan

Bersenam di gym beberapa kali seminggu dan melihat otot-otot anda membesar tidak semestinya sukar untuk dilakukan. Senaman fizikal dan latihan beban pada otot-otot tertentu cuma merupakan dua diantara banyak faktor-faktor yang penting untuk mendapatkan tubuh badan yang tegap.

Jangan sesekali anda memperkecilkan kesan daripada tidur yang mencukupi terhadap latihan bina badan anda. Anda mesti mendapatkan rehat yang secukupnya dan ia bukan sekadar berehat diantara masa latihan anda. Dengan mengubah jadual tidur anda kepada corak tidur yang stabil dan berkualiti setiap malam, mampu memberikan perubahan yang drastik dalam usaha membina badan anda.

Tidur adalah sangat penting dalam setiap program bina badan yang berjaya atas beberapa sebab. Badan anda memerlukan tidur untuk proses membaik pulih dan pembinaan otot-otot. Ketika tidurlah badan anda tidak menggunakan tenaga. Tenaga yang merupakan sumber dalaman badan anda boleh digunakan untuk proses membaik pulih otot-otot anda akibat daripada kesan latihan bina badan.

Anda mesti berehat secukupnya atau badan anda tidak mampu untuk pulih dan membina otot-otot anda. Anda akan menjejaskan proses tumbesaran anda dengan tidak meberikan masa yang secukupnya untuk otot-otot anda pulih dan terus membesar dengan cara yang betul.

Tidur yang cukup juga amat penting untuk meningkatkan konsentrasi anda disamping mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kurangnya konsentrasi boleh menjejaskan keberkesanan senaman anda di gym. Anda mungkin bersemangat, tetapi dengan kurangnya tidur anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan senaman. Tidak banyak aktiviti yang badan anda boleh lakukan sepanjang hari dengan jumlah tidur yang tidak mencukupi. Ditambah lagi dengan urusan-urusan lain yang lebih penting dalam hidup anda maka senamanlah yang akan anda sering abaikan apabila badan anda sudah penat.

Tidur juga penting kerana ia membenarkan badan anda untuk mangawal kala penghasilan hormon badan anda. Hormon yang penting untuk proses metabolisma yang baik dan pembesaran otot-otot dihasilkan ketika anda sedang tidur. Pada masa yang sama tidur juga menghalang penghasilan hormon yang menyebabkan penambahan lemak dan kesan-kesan buruk yang lain.

Tidur yang tidak sekata juga menjejaskan usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda impikan. Tidur 3 jam pada hari Isnin dan 11 jam pada hari Selasa tidak sama seperti tidur 7 jam setiap malam. Inilah jumlah tidur yang anda perlu dapatkan, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Ingat tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan usaha anda dalam sukan bina badan.

Diadaptasi dari Ricardo d Argence

No comments:

Post a Comment