Monday, April 13, 2009

10 Teknik Untuk Meningkatkan Kadar Testosterone Didalam Badan Anda

Jika anda inginkan satu bahan ajaib untuk pembesaran otot, bahan itu sudah semestinya Testosterone.

Testosterone adalah hormon pembesaran otot yang paling penting dalam badan anda dan juga merupakan faktor penentu bagi jumlah maksimum otot yang boleh dibina oleh badan anda.

Dibawah ini adalah sebahagian daripada faedah-faedah yang boleh anda nikmati melalui peningkatan kadar testosterone didalam badan anda.

-Penambahan kekuataan dan saiz otot

-Pengurangan kadar lemak dalam badan

-Peningkatan keinginan seksual dan tenaga batin

-Menaikkan mood anda

-Pengurangan kadar kolestrol yang memudaratkan

Jika anda ingin menigkatkan kadar testosterone didalam badan anda disini saya akan menyenaraikan 10 teknik yang mudah dan semulajadi agar anda dapat menikmati semua faedah-faedahnya. Walaupun kaedah-kaedah ini tidak dapat memberikan hasil yang setanding dengan steroid, tetapi ia tetap mampu menyumbang kepada hasil yang menakjubkan.

1) Utamakan senaman bersepadu didalam latihan anda.

Senaman bersepadu adalah seperti squats, deadlift, bench press, rows, chin ups, dips, lunges dan military press. Senaman-senaman ini akan memberikan tekanan yang kuat keatas otot-otot dan seterusnya memaksa badan anda untuk meningkatkan penghasilan testosterone didalam badan.

2) Berlatih dengan sepenuh intensiti.

Jika anda ingin hasil yang mengkagumkan anda mesti melakukan senaman anda dengan sepenuh intensiti. Ini kerana dengan tekanan yang kuat terhadap otot anda, badan anda akan menghasilkan kadar testosterone yang lebih tinggi.

3) Anda mesti melatih kaki anda sekuat anda melatih bahagian atas badan anda.

Untuk pengetahuan anda latihan kaki yang dilakukan dengan intensiti mampu merangsang pembesaran dibahagian dada, belakang dan lengan anda. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan kadar testosterone yang dirangsang melalui latihan kaki.

4) Tingkatkan pengambilan EFA.

Essential Fatty Acids (EFA) daripada sumber seperti kekacang, avocado, ikan dan minyak daripada bijian flax, canola dan zaitun adalah sumber yang baik untuk meningkatkan kadar testosterone didalam badan anda.

5) Kurangkan pengambilan soya

Protein soya menigkatkan kadar penghasilan estrogen (hormone utama wanita) dan ini mempunyai kesan negatif terhadap kadar testosterone didalam badan anda

6) Hadkan atau hentikan pengambilan alkohol

Alkohol telah terbukti boleh menjejaskan kadar testosterone didalam badan anda dengan dramatic sekali. Jadi kurangkan atau hentikan pengambilan alcohol.

7) Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran jenis cruciferous didalam diet seharian anda

Broccoli, kubis bunga, lobak, turnip, kubis dan brussels sprout telah terbukti berkesan menurunkan kadar estrogen didalam badan maka secara tidak langsung meningkatkan kadar testosterone.

8) Kurangkan kadar tekanan harian anda

Membiarkan diri anda dalam keadaan yang tertekan akan merangsang penghasilan ‘cortisol’, sejenis hormon catabolic yang mampu menurunkan kadar testosterone.

9) Tingkatkan aktiviti seksual anda (Untuk yang sudah berkahwin)

Rangsangan seksual akan menyebabkan badan anda menigkatkan pengeluaran oxytocin yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran endorphin (bahan kimia ceria), yang turut meningkatkan kadar testosterone.

10) Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap malam

Kurangnya tidur boleh menyumbang kepada penghasilan cortisol yang mampu mengurangkan kadar testosterone didalam badan anda.

Mulakan mengamalkan teknik-teknik ini secara konsisten dan anda akan mengalami peningkatan kekuatan dan penambahan saiz otot-otot anda.

Diadaptasi dari Sean Nalewanyj

No comments:

Post a Comment