Thursday, April 1, 2010

Memahami Fungsi Insulin

Insulin dirembeskan dari pankreas dan bertanggungjawab untuk menentukan samada target fitness anda berjaya ataupun gagal. Insulin boleh menggalakkan pertumbuhan otot dan juga boleh meningkatkan pengumpulan lemak didalam badan.

Selepas anda mengambil pelbagai makanan yang mengandungi karbohidrat, protein atau lemak, majoriti dari makanan tersebut akan ditukarkan kepada gula (glukosa) dan dilepaskan kedalam aliran darah.

Bayangkan otot-otot anda seperti gedung penyimpanan yang mempunyai ruang simpanan yang terhad. Apabila ruang simpanan otot-otot dan hati anda sudah penuh, insulin akan membawa muatan glukosa berlebihan ketempat lain. Malangnya ruang yang tinggal untuk penyimpanan glukosa didalam badan anda hanyalah sel-sel lemak. Jadi insulin juga boleh menggalakkan penyimpanan lemak.

Memandangkan insulin mempunyai dua fungsi yang anda mahukan dan tidak mahu, anda perlu belajar untuk mengawal kadar insulin anda bagi memaksimumkan faedah-faedah pembinaan otot dan mengurangkan kadar pengumpulan lemak.

Bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan kadar insulin melalui pilihan makanan anda.

Karbohidrat

Jika sejumlah besar karbohidrat diambil secara bersendirian kadar gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan penghasilan insulin yang banyak.

Protein

Protein tidak menyebabkan kadar penghasilan insulin sebanyak karbohidrat. Dianggarkan 60% dari protein akan ditukarkan kepada glukosa didalam aliran darah anda.

Dengan mengambil lebih karbohidrat didalam protein anda, lebih sedikit protein akan ditukarkan kepada glukosa, bermakna asid amino didalam protein mempunyai lebih peluang untuk digunakan bagi pembinaan tisu otot.

Lemak

Lemak hanya mempunyai 10% peluang untuk mempengaruhi kadar gula dalam darah dan bila diambil akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol.


Ingat...apabila ruang simpanan hati dan otot sudah penuh, glukosa berlebihan akan disimpan didalam sel-sel lemak.

Bilakah waktu dimana ruang simpanan didalam otot dan hati anda kosong?

Waktu sarapan, semasa dan selepas senaman (kardio atau latihan bebenan). Inilah 3 masa utama badan anda akan menggunakan sepenuhnya kesan anabolik dari kadar insulin yang tinggi dengan peluang yang sangat sedikit untuk pengumpulan lemak.

Kesimpulannya, waktu dimana kadar insulin yang tinggi adalah penting didalam badan anda adalah ketika sarapan, semasa latihan dan sesudah latihan. Pada masa ini pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh membantu pertumbuhan otot-otot tanpa berlakunya pengumpulan lemak.

Rujukan: No Nonsense Muscle Building by Vince Del Monte

2 comments:

  1. Jcare TEAM EveryOne of Us Can Save SomeOne with Diabetics, without using Drugs or Insulin.
    Setiap Orang Mampu Menyelamatkan kawan2 yang Mengidap Penyakit Kencing

    siti awa 012 3841459

    ReplyDelete
  2. Jcare TEAM EveryOne of Us Can Save SomeOne with Diabetics, without using Drugs or Insulin.
    Setiap Orang Mampu Menyelamatkan kawan2 yang Mengidap Penyakit Kencing

    ReplyDelete