
Bersedialah untuk minum air dengan banyak. Laburkan sikit duit anda untuk penapis air yang berkualiti dan elakkan air paip. Lagi baik minum 2-3 cawan teh hijau sehari kerana ia tinggi dengan antioxidant dan beberapa lagi kebaikan lain.

Jika anda mampu cuba dapatkan ayam yang dibesarkan secara semulajadi. Jika tidak pergi kepada ayam yang dibesarkan dengan memakan bijirin kerana ia mengandungi lemak yang rendah.

Biasanya keju yang rasanya lebih kuat mempunyai lebih banyak kebaikan. Keju ini mempunyai lebih banyak protein dan asid lemak dan ia turut menambah perasa kepada makanan anda. Keju mempunyai lemak yang agak tinggi jadi pastikan anda mengambilnya secara sederhana dan selalu utamakan variasi antara keju feta, havarti, goat, cheddar dan parmesan.

Ini adalah sumber kalori yang mudah. Hanya segenggam kecil buah-buahan kering boleh menyamai jumlah kalori dari sebiji epal besar. Jika anda ingin menambah berat buah-buahan kering boleh memudahkan usaha anda, tetapi jika anda ingin menurunkan berat badan anda perlu berpada-pada.

Telur
Telur omega-3 adalah yang terbaik. Telur putih jika anda terjumpa dijual didalam kotak yang telah dipastuerize adalah yang termudah sekali. Telur putih boleh juga digunakan didalam protein shake.

Daging ini boleh didapati di tempat membeli belah berhampiran anda, tetapi sekali-sekala rajin-rajinkan diri untuk kepasar tani atau pasar malam unutk mendapatkan sumber daging yang lebih segar.

Sentiasa utamakan kepelbagaian warna dalam pilihan buah-buahan didalam peti sejuk anda. Jangan ketinggalan untuk menikmati buah-buah bermusim bila tiba musimnya. Jika mampu utamakan buah-buahan organik.

Minyak zaitun 100% extra virgin sangat kaya dengan antioksidant. Ia juga sumber mudah untuk kalori dan boleh digunakan sebagai penambah rasa kepada salad anda.

Cari yang tiada perasa tambahan. Teh hijau organik tanpa tambahan herba adalah yang terbaik.

Oat (bukan oat segera yang penuh dengan gula), oat bran, bijian flax penuh, quiona, barli dan wheat bran.

Sesuai untuk kepelbagaian dalam makanan anda

Kidney beans, split peas, chickpeas dan lentils adalah sumber protein dan serat yang sangat baik. Kekacang walnut, almond, gajus dan pecan juga adalah sumber kalori yang baik.

Sentiasa utamakan variasi dalam pemilihan daging. Juga pelbagaikan tempat anda membeli daging-daging ini seperti pasar, supermarket, pasar tani dan kedai mini.

Salmon liar asli adalah lebih baik dari salmon yang diternak kerana kandungan omega-3 dan bersih dari mercury dan toksin.

Utamakan rempah-rempah asas seperti garam, lada hitam, bawang putih, basil, oregano, serbuk cili, halia dan sebagainya untuk menambah perisa dalam makanan anda.

Anda sepatutnya boleh membeli sayur-sayuran dari kedai dengan menutup mata. Kawasan peti sejuk tempat sayur-sayuran dijual sepatutnya menjadi kawasan yang anda paling biasa sekali di dalam kedai. Sentiasa utamakan variasi mengikut warna-warna pelangi - hijau, merah, kuning dan sebagainya.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment