Sunday, May 1, 2011

Carta 10 Terhangat Mengapa Kita Menjadi Gemuk


Tempat Ke-10

Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression

Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.


Tempat Ke-9

Menghidapi Penyakit Kronik

Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisol didalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.


Tempat Ke-8

Genetik

Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.


Tempat Ke-7

Stress

Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!


Tempat Ke-6

Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)

Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.


Tempat Ke-5

Tak Makan

Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.


Tempat Ke-4

Label ‘Rendah Lemak’


Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel ‘rendah lemak’ juga mengandungi ‘rendah kalori’? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.


Tempat Ke-3

Kurang Bersenam

Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.


Tempat Ke-2

Kadar Metabolisma Rendah

Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.


Tempat Pertama

Diet Yang Tidak Sihat

Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atau McDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.

Jadi…sama-samalah kita berubah kearah cara hidup yang lebih sihat!