Monday, March 1, 2010

Jauhi Makanan Ini !!!

1) Jus Minuman dan Air Berkabonat

Pengambilan minuman ini boleh membezakan antara orang yang kurus dan yang gemuk. Jika anda tidak percaya, sila baca kandungan pada kotak "healthy fruit juice" anda. Kandungan asasnya hanyalah air dan gula

2) Daging Proses Berlemak Tinggi

Sosej, peperoni, burger dan sebagainya dipenuhi dengan kandungan lemak yang akan memendekkan jangka hidup anda. Tidak dikira lagi jumlah garam sodium didalamnya. Jangan kelirukan daging proses sebagai sumber protein yang baik.


3) Ais Krim dan Frozen Dessert
Kandungan gula yang tinggi yang boleh menukarkan six pack anda kepada one pack. Sos yang berlemak dan bergula tinggi seperti kicap, bbq, sos cili dan sebagainya adalah corn syrup berfruktosa tinggi yang telah ditambah perisa.


Anda lebih baik jika menggunakan bahan perasa asli daripada gula dan perasa tiruan.

Kebanyakkan makanan proses yang dipek dengan bungkusan yang menarik perhatian kononnya mengandungi khasiat tinggi yang menyihatkan badan. Tetapi pengeluar-pengeluar makanan ini biasanya gagal menjelaskan tahap pemprosesan yang dilalui. Jika anda tidak pasti mengenai makanan proses ini, pastikan anda membaca kandungan yang dicatat pada bungkusan. Sekiranya anda menemui sekurang-kurangnya lima kandungan yang anda sendiri tidak boleh menyebutnya, anda patut berhati-hati dengan bahan-bahan yang anda akan makan tersebut. Bahan-bahan ini adalah bahan tambahan untuk memanjangkan tarikh luput makanan tersebut. Ia tiada kaitan dengan nutrisi.

4) Biskut dan krakers.

Sama seperti diatas.


5) Produk Diperbuat Dari Tepung Putih.

Contohnya roti putih. Pengeluar pada mulanya mengasingkan 'wheat seed's bran', diikui 6 lapisan luar gandum tersebut, dan germanya yang menyebabkan 75% daripada vitamin dan mineral asli dari gandum telah hilang dan 95% dari seratnya juga hilang. Bahagian gandum yang tinggal kemudiannya diklorinkan agar ia dapat bertahan lebih lama. Kemudian ia di putihkan dengan kapur, alum dan ammonium karbonate untuk menjadikannya lebih segar pada pandangan pembeli. Pada peringkat akhir garam anti-penuaan ditambah kedalam roti tersebut. Beberapa nutrient sintetik ditambah dan dilabelkan sebagai "diperkayakan dengan vitamin" dan sebagainya yang sebenarnya tidak boleh menggantikan khasiat semulajadi gandum. Tahukah anda tikus makmal boleh mati dalam tempoh seminggu sekiranya hanya memakan produk dari tepung putih.


6) Baking supplies

Lagi bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan

7) Potato Chip

Dipenuhi dengan kumpulan bahan kimia yang boleh memberikan tekanan yang kuat keatas pankreas anda, yang berfungsi untuk melindungi badan anda dari bahan-bahan ini.


8) Makanan yang disimpan terlalu lama didalam bekas plastik didalam peti sejuk

Pastikan anda rajin membuang makanan-makanan yang telah disimpan terlalu lama dalam peti sejuk anda setiap minggu
Renung-renungkan dan selamat beramal!!!

No comments:

Post a Comment