Pernahkah anda memulakan diet namun berasa tertekan dengan rasa lapar dan kurang makan?
Tiada apa yang dapat menjejaskan diet anda selain rasa lapar dan teringin kepada sesetengah makanan. Hakikatnya lebih mudah untuk kita mengekalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang sekiranya kita tidak berasa terlalu lapar. Saintis menamakan keadaan tidak terlalu lapar ini sebagai ‘satiety’.
Untuk menurunkan berat badan, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Ini boleh menyebabkan keinginan untuk mengambil makanan ini dengan lebih lagi. Kebanyakkannya tidak mampu menahan rasa lapar ini untuk tempoh yang lama. Inilah puncanya kebanyakkan program diet cuma mampu bertahan kurang dari tiga minggu.
Kunci utama dalam pengamalan ‘satiety’ yang sihat ialah dengan pengambilan makanan pembuka selera dalam jumlah yang kecil sebelum makan. Antara pengaktif ‘satiety’ yang berkesan ialah asid lemak berangkaian panjang yang boleh didapati dengan banyak dari minyak zaitun, minyak kacang macadamia, minyak flaxseed, minyak almond dan minyak kacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan minayk-minyak ini membantu mengawal selera makan anda. Maka anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil jumlah kalori yang rendah.
Berikut adalah contoh menu pembuka selera. Gunakan minyak-minyak yang dicadangkan diatas dalam jumlah yang sedikit.
• 2 cawan salad digaulkan dengan 1 oz minyak zaitun
• 2 oz ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
• 2 oz keju mozzarella dengan biskut bijirin penuh
• 2 oz tuna dalam 1 oz minyak zaitun
• ½ sudu the mentega kacang dengan sayur saderi
Kajian telah membuktikan apabila makanan diatas diambil sebelum makan akan mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhan, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut dan memanjangkan rasa kenyang sehingga 4 jam selepas makan.
Jika rasa lapar menjadi sebab utama kegagalan diet anda sebelum ini, anda mungkin mahu mula mencuba kaedah ‘satiety’ sihat ini.
Diadaptasi dari buku The Truth About Six Pack Abs tulisan Mike Geary
No comments:
Post a Comment