Saturday, January 29, 2011

Mengapa Latihan Bebanan (Weight Training) Juga Baik Untuk Wanita


Sudah menjadi suatu pemahaman biasa bagi kebanyakkan wanita yang bersenam digimnasium untuk menumpukan sepenuh masa bersenam mereka melakukan latihan kardiovaskular seperti larian di treadmill, berbasikal, cross trainer dan stepper. Kebanyakan mereka berpendapat yang latihan kardio ini mampu membakar lemak dan membantu mendapatkan bentuk badan ataupun berat badan idaman mereka. Namun jika diajak untuk melakukan latihan bebanan kebayakkannya menolak atas alasan mereka takut badan mereka akan menjadi berketul-ketul seperti lelaki. Tahukah anda yang weight training juga baik untuk wanita sepertimana ia baik untuk lelaki?

Wanita Tidak Boleh Membina Otot-Otot Besar Seperti Lelaki Kecuali Dengan Bantuan Suntikan Hormon Testosterone.

Sebelum saya menerangkan kebaikkan weight training untuk wanita, kaum wanita perlu faham yang pembinaan otot-otot yang besar dan berketul-ketul hanya akan berlaku dengan adanya hormone Testosterone. Kaum lelaki menghasilkan hormon ini secara semulajadi didalam badan mereka dengan kadar yang jauh lebih banyak dari wanita.Walaupun wanita juga menghasilkan hormon ini, namun ia tidak cukup untuk membina otot-otot yang besar walaupun seseorang wanita itu mampu melakukan weight training seberat yang dilakukan lelaki!

Wanita Boleh Mendapatkan Badan Idaman Mereka Dengan Weight Training.

Walaupun latihan kardio memang membantu pembakaran kalori dalam badan, namun kombinasi antara kardio dan weight training sebenarnya adalah rahsia utama untuk mendapatkan tubuh badan idaman kebanyakkan wanita. Weight training membantu pembinaan ‘lean muscle’ yang boleh memperbaiki bentuk badan seseorang wanita. Disamping itu dengan adanya ‘lean muscle’, kadar pembakaran lemak dalam badan juga akan turut meningkat, walaupun ketika berehat menonton tv.

Weight Training Menguatkan Tulang.

Sepertimana yang sudah ramai sedia maklum, Osteoporosis adalah merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita yang sudah mencecah umur pertengahan. Latihan weight training yang konsisten menggunakan berat yang sesuai dan disertakan dengan pengambilan kalsium yang mencukupi boleh meningkatkan kekuatan dan ketumpatan tulang.

Weight Training Membantu Melindungi Wanita Dari Kanser Payudara.

Satu kajian dari The American Cancer Society mendapati aktiviti fizikal seperti weight training membantu melindungi wanita dari kanser payudara dan membantu mengelakkan ketumbuhan semula sel kanser selepas menjalani rawatan. Tambahan pula wanita yang telah dikesan dengan kanser payudara sering dinasihatkan untuk menjalani aktiviti fizikal seperti weight training.

Weight Training Ketika Menopause

Apabila wanita mencapai peringkat Menopause, kadar kolestrol mungkin akan meningkat, kekuatan tulang akan berkurangan dan berat badan boleh meningkat dengan cepat. Jadi sekiranya seseorang wanita itu jarang melakukan senaman sebelum ini, jadi ketika Menopause lah amat penting untuk mula bersenam terutamanya menggunakan weight training agar kadar kesihatan wanita dapat ditingkatkan disamping mengurangkan pelbagai masalah yang mungkin timbul ketika Menopause.

Apa yang penting untuk difahami disini weight training memberi banyak kebaikan kepada wanita. Untuk memulakan weight training pastikan anda mendapat tunjuk ajar dari jurulatih berpengalaman dan mulakan dengan berat yang sesuai untuk anda. Apabila kekuatan anda meningkat tambah berat secara berperingkat. Dan nikmatilah perubahan besar kepada tubuh badan dan kesihatan anda.

Cheers!!!

Revolution Gym & Fitness

Tuesday, January 18, 2011

What to Avoid After A Hardcore Workout


A lot of people, after developing a certain level of commitment to their fitness goals, usually have little to no problems in completing their weekly workout routine. Simply because their focus have always been on the workout, more workout more muscles, less workout less muscles. However how many of them do really care of their meals especially the post workout meal. No matter how hard you train you are more likely to jeopardize your efforts in the gym if you neglect one of the most important meal in muscle building, the post workout meal.

The worst mistake you could ever make is to skip this meal.Period. If you're going to consume something, here are some guidelines...

1) Avoid eating excessive fat after an intense training. Simply because fat will slow down the absorption of carbohydrate and protein which can minimize the anabolic effect of the insulin.

2) Avoid waiting too long to eat. If you miss the 60 minutes recovery window you will miss the anabolic effect after your workout. Plus your blood sugar will drop and leave you starving for food.

3) Avoid consuming slow digesting, high fiber carbs with incomplete protein. Your carbs intake must be quick digesting and your protein should contain all the essential amino acids.

4) Avoid junk food, empty calories and processed fats for several hours after your workout. You need a high quality food all day long to build muscle.

5) Drink plenty of water within pre, during and post workout to maximize performance and to ensure an optimal hormonal response.

In short you must realize the importance of the post workout meal. Never skip this meal and avoid making wrong choices as it will jeopardize your hard work at the gym.

Adapted from What to Never Eat After Your Workout by Jayson Hunter.

Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness.

Sunday, January 2, 2011

Diet Seimbang 2000 Kalori

Untuk mendapatkan bentuk badan idaman anda, senaman anda perlulah disertakan dengan pemakanan yang seimbang. Kebanyakkan orang tidak begitu memahami atau mengetahui bagaimana cara-cara menjalankan diet yang betul, seimbang, berkesan dan sihat.

Disini saya sertakan contoh diet 2000 kalori yang sihat. Diet ini sesuai diamalkan jika anda ingin menguruskan badan secara sihat. Dalam memahami pelan pemakanan ini, tumpukan kepada 3 aspek iaitu, bahan yang berkualiti, kuantiti yang betul serta masa makan yang betul.

Terdapat menu-menu yang kami cadangkan namun anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menjadikan makanan diet in lebih menarik dan sedap.

Selamat mencuba!!!

Klik untuk imej yang lebih jelas

Cheers!!!
Revolution Gym & Fitness