Saturday, November 28, 2009

Bagaimana Untuk Mengawal Selera Makan Dan Tidak Merasa Lapar

Pernahkah anda memulakan diet namun berasa tertekan dengan rasa lapar dan kurang makan?

Tiada apa yang dapat menjejaskan diet anda selain rasa lapar dan teringin kepada sesetengah makanan. Hakikatnya lebih mudah untuk kita mengekalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang sekiranya kita tidak berasa terlalu lapar. Saintis menamakan keadaan tidak terlalu lapar ini sebagai ‘satiety’.

Untuk menurunkan berat badan, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Ini boleh menyebabkan keinginan untuk mengambil makanan ini dengan lebih lagi. Kebanyakkannya tidak mampu menahan rasa lapar ini untuk tempoh yang lama. Inilah puncanya kebanyakkan program diet cuma mampu bertahan kurang dari tiga minggu.

Kunci utama dalam pengamalan ‘satiety’ yang sihat ialah dengan pengambilan makanan pembuka selera dalam jumlah yang kecil sebelum makan. Antara pengaktif ‘satiety’ yang berkesan ialah asid lemak berangkaian panjang yang boleh didapati dengan banyak dari minyak zaitun, minyak kacang macadamia, minyak flaxseed, minyak almond dan minyak kacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan minayk-minyak ini membantu mengawal selera makan anda. Maka anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil jumlah kalori yang rendah.

Berikut adalah contoh menu pembuka selera. Gunakan minyak-minyak yang dicadangkan diatas dalam jumlah yang sedikit.
• 2 cawan salad digaulkan dengan 1 oz minyak zaitun
• 2 oz ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
• 2 oz keju mozzarella dengan biskut bijirin penuh
• 2 oz tuna dalam 1 oz minyak zaitun
• ½ sudu the mentega kacang dengan sayur saderi

Kajian telah membuktikan apabila makanan diatas diambil sebelum makan akan mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhan, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut dan memanjangkan rasa kenyang sehingga 4 jam selepas makan.
Jika rasa lapar menjadi sebab utama kegagalan diet anda sebelum ini, anda mungkin mahu mula mencuba kaedah ‘satiety’ sihat ini.

Diadaptasi dari buku The Truth About Six Pack Abs tulisan Mike Geary

3 Tips Diet Untuk Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat

Pemakanan yang sihat serta senaman yang mencukupi adalah elemen yang penting bagi menjamin kejayaan anda dalam proses penurunan berat badan.Artikel ini akan menerangkan 3 tips yang mudah untuk dipraktikkan bagi mendapat hasil yang optimum dari program diet anda seterusnya mengubah cara hidup anda kearah yang lebih sihat.

1)Pastikan anda mengambil sedikit lemak sihat disetiap hidangan anda. Jika anda ingin mengekalkan pertumbuhan otot, pembakaran lemak dan kadar hormon, pengambilan lemak sihat pada kadar yang betul adalah sangat penting. Pengambilan lemak sihat pada kadar yang betul juga membantu anda mengawal selera makan. Lemak sihat boleh didapati dari kekacang, bijian, telur, minyak zaitun, avocado, minyak kelapa dan daging dari binatang pemakan rumput.

Makan secawan kecil kacang seperti walnut atau almond 30 minit sebelum waktu makan. Ini mampu mengurangkan selera makan pada masa yang sama membekalkan tubuh anda dengan sumber protein berkualiti, serat dan lemak sihat yang boleh membantu mengawal pengambilan kalori keseluruhan.

2)Makan protein dalam jumlah yang tinggi. Setiap hidangan perlu disertakan dengan protein. Makanan dari daging, hasil tenusu, tumbuhan/kekacang membekalkan sumber protein berkualiti yang mampu mengawal selera makan serta mengurangkan jumlah pengambilan kalori.

Sumber protein yang tinggi juga membantu anda membina otot (jika disertai dengan senaman yang kerap) yang turut meningkatkan kadar metabolisma badan anda, kerana otot membakar lemak dengan cepat.

Pengambilan protein yang tinggi juga membantu anda mengawal kadar gula dalam darah dan kadar insulin kerana protein memperlahankan pemecahan semulajadi karbohidrat.

3)Makan buah-buahan pada jumlah yang banyak sebagai sumber karbohidrat. Kandungan serat dalam buah-buahan juga membantu mengawal kadar gula didalam badan. Kurangkan pengambilan roti dan gantikan karbohidrat anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan minum jus buah-buahan kerana kebanyakkannya sudah kehilangan serat dan ditambah gula ketika diproses.

Cuba amalkan 3 tips ini untuk corak pemakanan yang lebih sihat dan bijak dan anda akan mula melihat tubuh badan yang lebih ramping dan rasa yang lebih bertenaga.